Kepelbagaian budaya dan kaum yang ada di Malaysia telah menjadi tarikan bagi pelancong luar ataupun di dalam Negara kita. Antaranya, di Sarawak seperti Iban,Kenyah,Kayan,Penan,Bidayuh,Lun Bawang,Melanau,Murut dan banyak lagi.Kraftangan banyak didapati di negeri Sarawak kerana ia tidak dikomersialkan.Maka, dengan melalui blog ini para masyarakat dapat mengetahui dan melihat kraftangan yang ada di Sarawak.
|
Jenis Tembikar
Tembikar ini juga dikenali sebagai pasu dalam kalangan kaum Iban di Sarawak. Pasu ataupun tembikar ini dipercayai kaum Iban mempunyai unsur-unsur kerohanian semasa upacara-upacara seperti Hari Gawai. Antara tembikar yang ada adalah pasu Sarawak, Kendi, Labu Sayong, Belanga, Jambangan dan juga Terenang. Setiap tembikar tersebut mempunyai pelbagai bentuk dan coraknya.
Pua Kumbu
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci. Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada rumah panjang, dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah panjang sebelum pengkebumian.
Manik
Gubahan manik merupakan salah satu daripada seni kraftangan yang terdapat di negara kita. Gubahan manik ini merupakan satu cabang kraftangan yang sangat popular di Sarawak. Gubahan kraftangan ini telah menjadi satu seni tradisi dalam kalangan masyarakat etnik di Sarawak malahan di Sabah juga.Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak telah dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Tikar Sarawak
Tikar Sarawak Asli dibuat oleh masyarakat Bidayuh Sarawak dibuat daripada rotan dan dianyam dengan kulit kayu.Ianya senang dijaga. Jika kotor, hanya cuci dengan air dan jemur sehingga kering. Tahan sehingga bertahun-tahun lamanya.Tikar Sarawak popular dan diminati sebab unik & cantik menjadikannya sesuai sebagai hamparan dalam rumah.
Terabai Iban
Terabai (perisai) adalah lambang kepahlawanan kaum Iban di Sarawak dahulu kala. Cara pembuatan adalah dari menebang kayu yang terpilih, memotong batang pokok menjadi blok-blok yang cukup panjangnya, kemudian membelah dua, membentuk secara rawak dengan gergaji rantai yang bersaiz kecil, menghalusi dengan ketam kayu, menghalusi dengan kertas pasir sehingga mencorak dengan cat atau diukir.
Jelaslah bahawa motif saya untuk membuat blog ini agar masyarakat ataupun generasi akan datang dapat mengetahui dan mengekalkan warisan yang diturunkan oleh nenek moyang kita agar tidak luput ditelan zaman.Bukan itu sahaja, saya juga ingin menghidupkan semula kesenian dalam kalangan masyarakat Sarawak,Sabah ataupun Semenanjung Malaysia.Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.Saya memohon maaf jika ada tersalah Bahasa.
-WENDY BANGI ANAK RANTAI -
|
Hi Wendy,
ReplyDeleteVery interesting article. I am jeen to sell those sarawakian arts and crafts. I am based in melaka and want to operate my business selling those stuffs here.
My email address is ahmad.bukhari11@gmail.com and my mobiles are 019-479 1887.
Thank you very much for your support and understanding.
Ahmad Bukhari Bin Hamzah